Saturday, February 23, 2013

sehangat asmara yang semakin hangat

cite ni pun best..sebijik mcm dlm novel..hehe...
layannnnnnnnn........



Mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di luar negara, bertemu dengan Zainal Arief, satu pertemuan yang membuahkan “ Cinta pandang pertama". Demi cinta mereka bersatu , namun perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga. kerana ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka.


Detik-detik kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Namun janji tinggal janji, Zainal menghilang tanpa khabar berita membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief, Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.
Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan mereka memaksa Kay melupakan Zainal. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.



Selama 9 tahun lamanya, tiada khabar berita dari Zainal. Tanpa diduga, Zainal muncul kembali setelah dia ternampak wajah Kay dan anak perempuan mereka dalam sebuah majalah . Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia dari pengetahuan lelaki itu.



Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Kerana dendam Kay tidak membenarkan Zainal menghampiri Misya. Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief, setelah tahu hasrat Zainal yang ingin membawa kes tuntutan ke mahkamah .


Kerana dendam dan rasa tidak puas hati, Kamilia terus terusan bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu.


Anehnya, walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal, namun 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih menyimpan perasaan cinta terhadap Kay, sehinggakan Zainal Arief melamarnya buat kali kedua kerana mahukan keluarga yang bahagia , hidup bersama Kay dan anak mereka..


Buntu dan binggung fikirannya, lebih-lebih lagi pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman.. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun,Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.


Demi anak mereka Kay sanggup hidup semula dengan Zainal walau masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali.


Kay masih tertanya-tanya mengapa lelaki itu meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa khabar berita. Setiap kali pertanyaan tentang kisah silam diungkitkan, Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu.


Rahsia terbongkar apabila Kay bergaduh dengan adik Zainal kerana Kay masih menuduh Zainal sebagai lelaki tak bertanggungjawab kerana meninggalkan dia selama ini.
Rupanya Zainal meninggalkan Kay dan pulang ke Malaysia kerana dia telah diugut oleh bapa Kay yang kaya dan berpengaruh. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.



Akhirnya ayahnya mengaku yang dia menjadi punca Kay dan Zainal berpisah, dan dia jugalah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya. Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya.

Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.

Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat ... (sumber )


N A L....buat pertame kali dpt menatapi dan mengamati wajah Misya, anak yg baru di ketahui keujudanya....
M I S Y A...tatapan mate anak kecil yg mendambakan kehadiran papanye jelas terpancar di situ.....
K A Y....berdiri di situ menahan sayu melihat tautan kasih dua insan yg amat di cintainye -
one of the best scenes in S E H A N G A T A S M A R A...










love, xoXO:)

that winter the wind blows


Title: 그 겨울, 바람이 분다 / That Winter, The Wind Blows
Also known as: Wind Blows in Winter
Genre: Melodrama, Romance
Episodes: 16

Synopsis:-

A melodrama about a man and a blind woman who don’t believe in love.
Oh Young (Song Hye Kyo) is a blind heiress to a large corporation who lost her parents in a tragic accident along with her sight. She lives in lonely.
Meanwhile, Oh Soo (Jo In Sung) is a gambler and playboy who lives in a meaningless life after being abandoned by his parents at an early age as well as his first love.
In order to repay the enormous amount of debt, Oh Soo approach Oh Young for money purpose but ends up falling in love with her….

so far i just finished till the fifth episode, awesome drama with great actor and actress..wonderful story line..

“I, who want to live, met a woman who wants to die. We are clearly very different. What could be the reason? At that moment, that woman seemed like me. For the first time I became curious about that woman.”

— Oh Soo



cotton candy lover











currently, addicted to this drama...hehe

love, xoXO

kek lapis sarawak QALAS QALAS at bangi





yummmmmyyyyyyyyy....
three words to describe this sarawak's layer cake are DELICIOUS, COLORFUL & AFFORDABLE.
first time rasa kek lapis ni da deeply, madly fall in love with them..seriously sangat sedap..
memang dah lama tercari cari kek lapis yg sedap kat area bangi ni..finally jumpa kedai ni...
masa pertama kali menjejak kan kaki kat kedai qalas qalas ni, mmg kagum tengak interior kedai yg colorful dan cantik..layanan pun bagus, siap boleh rasa dulu semua perisa kek lapis kat kedai ni..OMG..memang rambang mata dan rambang mulut..haha...
kek lapis dia semunya comel comel dan sgt berwarna warni..macam macam perisa ada but my fav so far would be rainbow, masam masam manis dan milo horlick..two thumbs up..so, lepas ni tak payah nak susah susah pegi sarawak semata mata nak cari kek lapis sebab kat bangi pun dah ada..hehe...

confession of a sarawak's layer cake lover :)


so nak bli kat mana??
ni alamat nye....



No. 16-G, Jalan Reko Sentral 6,, Kajang, MY.


boleh dapatkan lagii maklumat pasal kedai ni kat link di bawah ye..

http://www.qalasqalas.lot.my/

http://www.facebook.com/qalasqalaskeklapis

http://www.facebook.com/qalasqalaskeklapissarawak


love, xoXo.