" U and me just like coke being mixed with milk, bubbly, heavenly and beautifully taste "
|
.... dan Dialah yang mengetahui jiwa setiap hamba-Nya...
Sinopsis dari kulit novel |
13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.
"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR
Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkanHANA SOFEA daripada mimpi indah.
Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.
"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI
"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA
"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI
"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA
Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...
"Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR
Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?
Pernah baca novel The Wedding Breaker?
Kalau korang pernah baca novel tersebut , mesti korang juga tahu novel 13 Jam A380 kerana penulisnya adalah orang yang sama iaitu Evelyn Rose.
Mula terjebak dengan karya evelyn rose ni bila terbaca status kawan kat fb yg dok promote sangat pasal novel 13 jam A380..
Mula mula baca kat blog eve ni (
http://fairytalesfromevelyn.blogspot.com), bab 1, bab 2, bab 3 dan sampailah ke bab 28...OMG!!
BEST OK..SANGAT BEST dan membuatkan aku terus beli novel tu sebab nak tau apa ending cite tu..HAYDAR or FAWWAZ..haha..dua dua pun hebat..
Takdir, Qada' dan Qadar Allah menjadi intipati dalam novel ini dan jalan cerita novel ini telah dikarang dengan megitu indah sekali..
13 JAM A 380 (tajuk pun dah lain dari yang lain kann, unik) mengisahkan tentang 13 jam pertemuan antara hana sofea dan syed haydar yang merupakan titik tolak kepada perubahan 360 deg dalam hidup kedua dua watak ni..
Selama tiga tahun , Hana Sofea menjadi Stalker di laman Twitter Syed Hydar, CEO Nazim Construction dan mengimpikan suatu hari nanti mereka akan bertemu. Dengan tidak disangka kerana insiden yang tidak diduga di kapal terbang yang membawanya ke kota London menemukan dirinya dengan jejaka idaman selama ini. Bermulalah pengembaraan 13 jam dan terciptalah kenangan cinta indah di kayangan langit nan biru...
satu saat
lima saat
lima belas saat
mata bertentang mata, hati mula terpaut..
13 jam yg dilalui mereka adalah kenangan indah yg berakhir dengan pantas...
Mereka berpisah dan membawa haluan masing masing . Mimpi dan angan Hana Sofea musnah apabila menyaksikan hubungan mesra Syed Hydar bersama seorang model.
Di London, Hana Sofea bertemu dengan sebuah keluarga jutawan. Disitu juga dia telah menemui seorang kanak - kanak perempuan comel bernama Emmel, yang merupakan anak angkat jutawan Fawwaz Hussaini, kacukan melayu-inggeris-arab yang sangat taat kepada ajaran Islam...
Persetujuan Hana Sofea untuk menjadi mommy pada Emmel menemukan Hana Sofea dengan cinta suci yang berlandaskan Islam dengan ayah angkat Emmel, Fawwaz Hussaini.
Sejak itu kehadiran Hana sofea merubah kehidupan keluarga jutawan itu. Fawwaz yang dingin sedikit demi sedikit berubah menjadi lebih mesra dan ceria. Hana yang sebelum ni agak social dan tidak begitu menitik beratkan soal agama kini berubah menjadi seorang hana yang taat kepada tuhanNya..Hana mula memakai hijab, mendalami Al Quran, menjaga batas pergaulan dan mengamalkan cara hidup islam..Cinta berputik di antara Hana Sofea dan Fawwaz Hussaini. Fawwaz yang pernah melamar Hana Sofea sebanyak dua kali menjadi suri dihatinya tetapi ditolak oleh ayah hana. Setelah habis belajar Sekali lagi Hana memohon restu untuk berkahwin dengan pilihan hati. Kali ini ayah tidak lagi menghalang.
Berbalik kepada kisah Syed Haydar dan Hana..Sewaktu di London, Hana bertemu lagi sekali secara tidak sengaja dengan Syed Haydar . Emmel yang menjadi punca pertemuan mereka. Haydar menagih cinta Hana tetapi telah ditolak oleh Hana dek kerana hati nya sudah terpaut pada Fawwaz...
Syed Haydar yang licik telah merancang sesuatu untuk H's cafe dengan menaik taraf tanpa pengetahuan Hana Sofea. Syed Hydar punya agenda tersendiri untuk memiliki Hana.. "Tackle the father then tackle the daughter", itulah yang dilakukan oleh Syed Haydar..Ayah Hana menyangka yang Syed Haydar adalah menantu pilihan anaknya tetapi Hana memberitahu yang dia ada calon kedua untuk dinilai oleh ayahnya..Hana sofea seperti lipas kudung tidak senang duduk dengan sikap ayahnya yang nampak sangat menyukai Syed Haydar.. Fawwaz disuruhnya pulang segera ke Malaysia menemui ayahnya..
Jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Allah..Hana Sofea tidak menyangka Syed Hydar membuka aibnya ketika bersama Syed Hydar tiga tahun dulu di A380 dimajlis perasmian hotel dan cafe yang diusahakan bersama Fawwaz Hussaini dan Syed Hydar. Fawwaz Hussaini tidak boleh menerima kenyataan aib Hana Sofea dan Syed Hydar walaupun itu cerita lama sebelum pertemuan mereka dahulu.
Hana sofea terpaksa Meninggalkan Fawwaz Hussaini dan menerima Syed Hydar demi maruah keluarga. Hana Sofea belajar menerima jawapan daripada Allah kerana kebahagiaan itu adalah pemberian dariNya.
13 JAM A380 juga menemukan kita sekali lagi dengan watak Tengku Adam Kamil, Ariana Rose, Linda dan Samuel dalam novel THE WEDDING BREAKER.. Watak mereka telah dikembangkan dan menguatkan lagi plot novel ni..Apa yang menarik,dalam novel ini, penulis menceritakan detik detik saat Samuel seorang ateis yang telah memeluk Islam..Apakah kaitan watak watak THE WEDDING BREAKER dengan watak watak dalam 13 JAM A380?
Bahagia kah Hana Sofea dengan Syed Haydar? Mampukah cinta yang terbina dengan Fawwaz dilupakan begitu saja? Apa pulak kesudahan Fawwaz?Emmel?
Semua soalan soalan ini terjawab dalam novel 13 JAM A 380 (so, apalagi, korang nak tau ending camne kenalah grab novel ni cepat cepat. Sangat laku macam goreng pisang panas kot novel ni.. Hari tu pun tinggal satu je kat MPH PKNS Bangi..)
|
(all pics credit to mr google) |
Regards, Xoxo~