Showing posts with label alaf 21. Show all posts
Showing posts with label alaf 21. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Adaptasi Novel: Lembayung Kasih-Mu


Sinopsis Belakang Novel: Cinta itu anugerah yang terindah daripada ALLAH. ALLAH memberi kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Maira mengenakan syarat kepada lelaki yang ingin mencintainya. Lelaki itu hendaklah mencintai ALLAH dan Rasul terlebih dahulu sebelum menyintai dirinya.

Dalam diam, Maira jatuh hati pada Fansuri. Namun dia sedar, dia hanyalah orang gaji. Untuk mengelakkan dia menjadi lebih gila dengan cinta rahsianya, Maira mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke London agar dapat melupakan Fansuri dan mencari lelaki yang sering bertandang dalam mimpinya sejak bertahun lamanya.

Fansuri kecewa setelah Maira pergi. Hatinya berkata, adakah dia terlambat untuk mengejar cintanya? Sedar akan kekurangan diri, dia bertekad mengejar cinta ALLAH dahulu sebelum mengejar cinta Maira.

Drama bersiri lakonan Fauziah Gous dan Shah Jaszle ini akan ditayangkan di RTM. Sama-sama kita nantikan.

Update: Drama ini ditayangkan bermula 5 Mei 2014 jam 9 malam di saluran RTM TV2.
Update 2: Drama ini boleh ditonton di myklik.


(Kredit sinopsis & foto kepada Alaf 21 & FB NHF Productions) 

regards, xoxo

Saturday, April 5, 2014

Adaptasi Novel: Rindu Awak 200%


Sinopsis Belakang Novel: Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

Pelakon utama bagi drama bersiri ini adalah Zul Ariffin dan Ayda Jebat. Sama-sama kita nantikan drama ini di slot Akasia TV3. Jom baca bab terawal novel ni di blog Liyana Zahim


(Kredit sinopsis & foto kepada Alaf 21, FB Creative Skill Solution)

regards, xoxo

Monday, November 18, 2013

Adaptasi Novel: Bayangan Rindu



Sinopsis Belakang Novel: Kisah cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.

Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya. Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.

Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan, gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.

Bayangan Rindu karya Anis Ayuni telah dijadikan super telemovie dan telah pun ditayangkan di saluran Astro. Telemovie ini dijayakan oleh Nad Zainal & Beto Kusyairi.


(Kredit sinopsis & foto kepada Alaf 21)

regards, xoxo

Monday, November 4, 2013

Adaptasi Novel: Bicara Hati


Novel Bicara Hati karya Damya Hanna merupakan antara novel terawal yang saya baca. Bab-bab terawal dalam novel ini saya baca dalam akhbar Bacaria. Disebabkan nak tahu kesudahan cerita, maka saya pun membelinya.

Novel ini menceritakan mengenai Zahlia yang telah melanggar kereta Tengku Syahran secara tidak sengaja. Semasa pertemuan kedua mereka, Tengku Syahran yang rungsing dengan permintaan ibunya supaya mengahwini Maria telah mengajak Zahlia berkahwin dengannya dan sebagai balasannya dia akan menunaikan apa saja permintaan Zahlia. Pada mulanya Zahlia tidak bersetuju dengan cadangan Tengku Syahran yang dirasakan tidak masuk akal, tetapi memikirkan sahabat karibnya, Razif yang sedang sakit dan memerlukan wang pembedahan, Zahlia akhirnya bersetuju.

Mereka berkahwin, tetapi masing-masing perlu mematuhi syarat-syarat seperti yang terkandung dalam kontrak yang telah ditandatangani. Lama-kelamaan mereka saling jatuh cinta. Tengku Syahran dan Zahlia hidup bahagia. Maria yang tidak berpuas hati telah mendedahkan kontrak perkahwinan mereka kepada ibu Tengku Syahran. Ibunya telah meminta Tengku Syahran menceraikan Zahlia tetapi Tengku Syahran enggan melakukannya. Zahlia pula nekad untuk pergi meninggalkan rumah tersebut dan sekaligus meninggalkan Tengku Syahran.

Selepas beberapa bulan, mereka bertemu semula :)

 
(Kredit foto kepada Alaf 21 & forum Cari)

regards, xoxo

Friday, November 1, 2013

Adaptasi Novel: Cinta Pandang Ke-2


Sinopsis Belakang Novel: "Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu....

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

Para pelakon untuk drama bersiri ini adalah Dazrin dan Izara Aishah. Drama adaptasi novel karya Laila Kamilia ini berkemungkinan ditayangkan di TV9.


(Kredit foto & sinopsis kepada Alaf 21 & FB Cinta Pandang Ke-2)

regards, xoxo