Showing posts with label kaki novel. Show all posts
Showing posts with label kaki novel. Show all posts

Thursday, January 9, 2014

Adaptasi Novel: Mencari Jalan Ke Syurga


Mencari Jalan Ke Syurga merupakan novel yang mempunyai banyak pengajaran. Tidak cliché. Dayang Khirana, seorang model dan kekasihnya, Syamsul Ariffin terlibat dalam kemalangan. Syamsul Ariffin tidak dapat diselamatkan manakala Khirana pula koma.

Dua tahun berlalu. Khirana sedar daripada koma, tetapi dia kehilangan memorinya. Khirana berubah perwatakan menjadi seorang yang lemah lembut. Keluarga Syamsul Ariffin yang menyalahkan Khirana di atas pemergian abang mereka mula mencari Khirana bagi membalas dendam.

Shahrul Azwan, adik kepada Syamsul Ariffin dapat menjejaki Khirana dan mula mendekatinya. Syahrul Azwan langsung tidak menyangka Khirana yang ditemuinya itu sudah berubah seratus peratus. Syahrul Azwan mula terpikat dengan kelembutan Khirana. Dia juga sering melindungi Khirana daripada misi balas dendam yang dijalankan oleh adiknya Shahir Awif dan kakak iparnya yang mempunyai masalah sakit jiwa, Datin Zulaikha.

Pelbagai peristiwa berlaku di antara Khirana dan Syahrul Azwan disepanjang tempoh perkenalan mereka. Khirana tidak menyangka masa silamnya dipenuhi noda. Khirana bersetuju untuk membuat apa saja bagi menebus kesalahannya terhadap keluarga Shahrul Azwan, termasuklah berkahwin dengan Shahrul Azwan.

Drama Epilog Cinta Khirana sudah pun ditayangkan dalam slot Samarinda TV3. Drama ini dibintangi oleh Tasha Shilla dan Nazim Othman sebagai watak utama. Drama ni memang menarik dan best!



(source gambar: Google)

regards, xoxo

Adaptasi Novel: Aku Bukan Mistress


Sinopsis Belakang Novel: Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Drama bersiri Aku Bukan Mistress akan ditayangkan di TV3 dan menampilkan Izzue sebagai Mikail dan Anzalna sebagai Mya.



(Kredit sinopsis kepada Kaki Novel, source gambar: Google)

regards, xoxo

Saturday, December 14, 2013

Adaptasi Novel: 566 Hari Mencari Cinta


Sinopsis Belakang Novel: Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar.

Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya

Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.

Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan? Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.

Novel ini telah diadaptasi menjadi telemovie. Telemovie berjudul Setahun Setengah Mencari Cinta dibintangi oleh Rozita Che Wan sebagai Firdayu dan Azlee Khairi sebagai Kid. Telemovie ini telah pun ditayangkan di Astro.


(Kredit sinopsis kepada Kaki Novel)

regards, xoxo

Adaptasi Novel: Yes Boss


Sinopsis: Yes Boss mengisahkan Aryana yang menjadi setiausaha kepada bosnya, Ilham. Aryana bukan sahaja bertanggungjawab dalam urusan pejabat, tetapi dia juga perlu melayan kerenah girlfriends Ilham yang sering muncul di pejabat. Aryana juga perlu mengaturkan temujanji bos bersama girlfriendsnya supaya tidak bertindih dan dia juga perlu cover line sekiranya Ilham tiada di pejabat. Semua arahan daripada Ilham perlu dipatuhi dan diikuti. Semuanya kena yes, boss!

Aryana mula menyimpan perasaan kepada Ilham. Perkenalan Ilham dengan Mellina menyebabkan Aryana jauh hati kerana Ilham lebih mementingkan Mellina berbanding dirinya. Pada hari pertunangan Ilham, Aryana tidak menghadirkan diri sebaliknya membawa diri ke Taman Tasik Titiwangsa. Di sana, Aryana membuang cincin, hadiah pemberian Ilham suatu ketika dahulu.

Rupa-rupanya Mellina mempunyai agenda yang tersendiri. Aryana dan Harun cuba memberitahu Ilham perkara yang sebenar, tetapi Ilham tidak mempercayainya. Aryana nekad untuk meletakkan jawatan dan pulang ke kampung. Di kampung, Aryana bekerja dengan Udin, rakan sekampungnya yang juga menaruh hati kepada Aryana.

Apa-apapun happy ending :) Drama Yes Boss lakonan Fahrin & Emma sebagai watak utama akan disiarkan dalam slot Dramedy di TV3 pada hari Sabtu dan Ahad jam 6 petang. Novel ni memang best!

 
(Kredit foto kepada FB Yes Boss & Kaki Novel)

regards, xoxo

Monday, December 9, 2013

Adaptasi Novel: Syurga Di Wajahmu


Sinopsis: Hairi telah diarahkan untuk membuat penyelidikan tentang hal ehwal kesihatan penduduk di sekitar kampung dan telah ditempatkan di kampung yang sama didiami oleh gadis pemalu bernama Idayu. Bibit cinta mula hinggap di hati Hairi sewaktu dia bersiar-siar di kawasan belukar yang cantik lagi nyaman yang juga sebenarnya merupakan tempat rahsia Idayu untuk menghiburkan hatinya. Pertemuan pertama Idayu dan Hairi, melebatkan lagi rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yang Hairi rasakan. Mereka akhirnya bertunang dalam tempoh perkenalan yang singkat. Namun rahsia yang terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu berasa sangat tertekan dan menyebabkan dia rasa sangat terhina. Idayu kemudian memutuskan pertunangannya dengan Hairi tanpa memberi sedikitpun penjelasan yang meyakinkan pemuda itu.

Setelah tamat pengajian Idayu berkerja sebagai jururawat peribadi kepada Engku Maryam yang sangat cerewet dan garang. Idayu memilih bekerja sebagai jururawat peribadi di rumah agam itu hanya kerana ingin terus meminggirkan diri dari dunia luar dan segala kisah hitam yang menyedihkan itu akan terus terkubur.

Namun pertemuannya dengan Engku Lokman, cucunda kepada Engku Maryam telah membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu selama ini. Engku Lokman seorang yang mempunyai gaya hidup bebas dan sangat liar. Dia yang sedari kecil membesar di negara Barat telah menyebabkan tidak mengamalkan cara hidup Islam dan langsung tidak tahu adat budaya Melayu. Kehadiran Idayu yang baginya hanyalah seorang gadis biasa yang berasa dari kampung, yang kolot pengetahuannya, yang tidak tahu bergaya dan sememangnya bukan citarasanya pada mulanya tidak diendahkan oleh Engku Lokman. Namun, kejadian di satu senja, telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah memperkosa Idayu semasa gadis mulus itu sedang nyenyak tidur. Segala perlakuannya itu dirasakan sesuatu yang biasa kerana dia begitu jahil tentang soal agama dan budaya.

Kejadian itu telah menyebabkan Idayu tidak betah lagi untuk terus tinggal di rumah agam itu walaupun Engku Maryam begitu menyayanginya. Tetapi apabila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya Engku Badrul yang sangat menyesali diri kerana telah membiarkan anaknya terus hanyut dengan dunia bebasnya, dia dipaksa mengahwini Idayu. Selepas mereka diijab kabulkan, rumah tangga mereka diuji apabila Astri, kekasih gelap Si Engku Lokman kembali menuntut janji yang pernah dibuat oleh Engku Lokman. Perjanjian tiga bulan untuk menjadi suami kepada Idayu telah meletakkan Engku Lokman dalam keadaan serba salah.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Astri telah menyebabkan terlerainya ikatan suci yang juga sebenarnya mempunyai rasa kasih dan sayang yang terlalu dalam antara Idayu dan Engku Lokman tetapi dipendamkan? Mampukah Idayu mengubah suaminya dari dosa dan noda hitam? Sejauh manakah rasa cinta Engku Lokman terhadap isterinya itu mendalam? Bahagiakah mereka akhirnya? Dan Hairi, apakah kembalinya dia nanti, adalah hanya untuk menagih cintanya yang tidak kesampaian? Syurga Di Wajahmu ada kesudahannya.

Drama bersiri Syurga di Wajahmu akan ditayangkan di RTM bermula 23 Disember ini di slot Bidadari (setiap hari Isnin hingga Khamis, 11.30 pagi di TV1). Pelakon utama terdiri daripada Dazrin & Ana Dahlia.





(Kredit foto & sinopsis kepada Kaki Novel & IG Dazrin)

regards, xoxo