Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Saturday, February 15, 2014

resepi koktel buah buahan yang best gilerr

bahan bahan :

  • satu tin koktel buah buahan
  • satu tin sirup laici
  • satu tin sirup nenas
  • satu tin susu cair
  • dua sudu tepung kastard yang dicairkan bersama sedikit air
  • satu cawan gula

cara penyediaan :

  • didihkankan susu cair, gula dan tepung kastard yang telah dicairkan sehingga mendidih.

sebelum ditambah dengan tepung kastard

selepas dicampurkan dengan tepung kastard

  •  setelah mendidih tadi, masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk dahulu



  •  campurkan segala buahan yang dalam tin ke dalam bahan bahan yang telah dididihkan tadi
  • kalau suka boleh juga ditambahkan sumi, atau puding gak..


walah! siap..mudahkan..letak lah sikit ais atau boleh disejukkan dalam peti ais sebelum minum :)

xoXo :)

Monday, July 29, 2013

biskut suji salju GEBU

seriyes dah try buat..buktinya gambar kat atas ni..
SEDAP GILER, LEMAK DAN CAIR DIMULUT...sangat milky rasanya....

Bahan A:
150g minyak sapi
100g mentega
100g gula kastor
1 camca teh esen vanilla
1 biji kuning telur

Bahan B:
100g cornflakes,dikisar halus
100g tepung jagung
50g suji (semolina)

Bahan C:
280g tepung gandum

Susu tepung secukupnya-untuk salut bisut yang sudah masak

Cara membuatnya:
1.Putar bahan A hingga sebati.Masukkan semua bahan B dan gaul hingga rata.
Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh dicanai.
2.Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemaran.Buat hingga siap bakar dalam oven
pada suhu 170'C selama 15-20 minit.
3.Biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung.Sejukkan atas jaringan dan boleh
simpan dalam bekas kedap udara.

source :rahel.blogspot. 


selamat mencuba..

with love, xoXo~

crispy popia nestum susu VA VA VOOM~

Hi uollss...
kalau tgk tajuk kat ni macam exagerated sangat lah pulak kann..tapi seriyesly popia crispy ni mmg lah teramat sedap, lemak manis penuh berkrim..
dapat inspirasi nak buat ni lepas tgk instagram leuniey bini Apek tu..hehe..terus teringin nak makan popia crispy ni..but actually da penah try raya tahun lepas, cumanya taktau nak buat camne benda ni...
mula mula ingatkan susah sangat nak buat..rupanya senang giler kot..semudah ABC...hehehe :)
korang bila nak try??


ahjommmmm....nak kongsi sikit resipi..wehoooo..

bahan bahan :

  1. kulit popia
  2. susu tepung
  3. nestum
  4. almond
  5. gula kastor
  6. cornflakes
cara cara membuatnye :
  • gulung kulit popia..tapi jangan gulung kecik kecik sangat..make sure ada rongga sikit..lepas tu potong serong..
  • lepas tu gorengkan kulit kulit popia yang telah di potong tu..
  • tos kan minyak..
  • dalam masa yang sama, kisar kan susu,nestum,gula kastor, sedikit almond dan sedikit cornflakes sehingga menjadi serbuk yang halus..
  • kemudian, masukkan popia yg dah digoreng tu bersama sama bahan bahan yang dah diblender kedalam tupeerware besar..tutupkan dan shake shake tupperware tu sampai lah kulit popia tu dah well mix dengan bahan bahan yg di kisar tadi...
ok..amacam??senang giler takk?
heheee...



yang ni pulak crispy popia bersalut milo
(just kisar kan milo, sedikit susu, sedikit cornflake dan sedikit gula kastor)
 selamat mencuba :)

with love, xoXo~

Wednesday, June 5, 2013

cara cara membuat ais krim goreng ~

hi uollssss...

jom buat ais krim goreng..senang je  ^_^

bahan bahannye:

  • ais krim (suka hati korang nak perisa apa k)
  • roti (selalu guna yg gardenia)
  • cawan/ acuan karipap
  • buah buahan untuk hiasan~


vanilla ice cream

chocolate ice cream


 cara cara nak buat :
ikut je step step dalam gambar kat bwh ni..
hehehe..simple kann???


sebelum goreng


selepas goreng


pesanan : 
  • bila da siap, kene simpan dalam petis ais selama sekurang kurangnye 6 jam..lepas tu baru boleh goreng..
  • tunggu minyak betul betul panas, baru bole start masuk kan ais krim goreng, kalau tak minyak akan serap masuk dlm roti tu..so jadi x sedap dan lembik
  • bila goreng tu, goreng kejap je supaya ais krim dalam tu tak cair :)
bila da siap, boleh hias kan mengikut kreativiti korang..

selamat mencuba...
xoXo~