JIMK menceritakan mengenai Aariz dan Dahlia yang disatukan dalam ikatan perkahwinan demi menyelamatkan maruah keluarga masing-masing. Sepucuk surat yang ditinggalkan oleh Syafiq, adik Aariz pada hari perkahwinannya dengan Dahlia, berakhir dengan termeterainya ikatan suami isteri antara Aariz dan Dahlia. Bunyinya macam novel kahwin paksa yang lain kan? Tapi, dalam novel ni penulis telah mengambil pendekatan berbeza di mana watak Aariz dan Dahlia tidak membenci antara satu sama lain, sebaliknya mereka bersetuju untuk menjadi kawan. Pelbagai peristiwa, suka dan duka berlaku dan akhirnya Aariz dan Dahlia sedar mereka telah saling jatuh cinta. Kemunculan semula Syafiq telah menimbulkan konflik kerana dia tidak berpuas hati dengan perkahwinan abangnya dan Dahlia. Aariz pula, tidak berani untuk mengaku sayangkan Dahlia kerana mempunyai sejarah silam yang pahit. Tapi apa2 pun, novel ni happy ending..) Tahniah pada penulis, Sara Aisha sebab novel ni telahpun diadaptasikan menjadi drama.
(source: google)
regards, xoxo.
No comments:
Post a Comment