Thursday, January 9, 2014

Adaptasi Novel: Mencari Jalan Ke Syurga


Mencari Jalan Ke Syurga merupakan novel yang mempunyai banyak pengajaran. Tidak cliché. Dayang Khirana, seorang model dan kekasihnya, Syamsul Ariffin terlibat dalam kemalangan. Syamsul Ariffin tidak dapat diselamatkan manakala Khirana pula koma.

Dua tahun berlalu. Khirana sedar daripada koma, tetapi dia kehilangan memorinya. Khirana berubah perwatakan menjadi seorang yang lemah lembut. Keluarga Syamsul Ariffin yang menyalahkan Khirana di atas pemergian abang mereka mula mencari Khirana bagi membalas dendam.

Shahrul Azwan, adik kepada Syamsul Ariffin dapat menjejaki Khirana dan mula mendekatinya. Syahrul Azwan langsung tidak menyangka Khirana yang ditemuinya itu sudah berubah seratus peratus. Syahrul Azwan mula terpikat dengan kelembutan Khirana. Dia juga sering melindungi Khirana daripada misi balas dendam yang dijalankan oleh adiknya Shahir Awif dan kakak iparnya yang mempunyai masalah sakit jiwa, Datin Zulaikha.

Pelbagai peristiwa berlaku di antara Khirana dan Syahrul Azwan disepanjang tempoh perkenalan mereka. Khirana tidak menyangka masa silamnya dipenuhi noda. Khirana bersetuju untuk membuat apa saja bagi menebus kesalahannya terhadap keluarga Shahrul Azwan, termasuklah berkahwin dengan Shahrul Azwan.

Drama Epilog Cinta Khirana sudah pun ditayangkan dalam slot Samarinda TV3. Drama ini dibintangi oleh Tasha Shilla dan Nazim Othman sebagai watak utama. Drama ni memang menarik dan best!



(source gambar: Google)

regards, xoxo

Adaptasi Novel: Aku Bukan Mistress


Sinopsis Belakang Novel: Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Drama bersiri Aku Bukan Mistress akan ditayangkan di TV3 dan menampilkan Izzue sebagai Mikail dan Anzalna sebagai Mya.



(Kredit sinopsis kepada Kaki Novel, source gambar: Google)

regards, xoxo