Thursday, November 7, 2013

Adaptasi Novel: The Wedding Breaker


The Wedding Breaker karya Evelyn Rose mengisahkan Ariana Rose, yang melakukan penyamaran untuk menggagalkan sesebuah perkahwinan daripada berlangsung. Rakan Ariana, Juwita meminta Ariana untuk menyamar dan sekaligus membatalkan perkahwinannya dengan Tengku Adam Kamil, seorang playboy. Perkahwinan yang dibatalkan dengan kemunculan Ariana telah mengundang rasa marah pada Tengku Adam Kamil. Disebabkan terlampau marah, telah berlaku suatu peristiwa hitam di antara mereka.

Selepas beberapa bulan, Ariana dan Tengku Adam Kamil bertemu semula di atas urusan kerja. Tetapi, sekali lagi telah berlaku suatu peristiwa sehinggakan Ariana nekad untuk berhenti kerja dan menguruskan butik ibunya. Ariana ingin lari daripada Tengku Adam Kamil. Di saat cinta mula berputik, Ariana dan Tengku Adam Kamil perlu akur kerana ibu bapa mereka sudah pun mempunyai pilihan pasangan untuk mereka. Ariana bertunang dan Tengku Adam Kamil pula ke luar negara atas urusan kerja yang akhirnya membawa perubahan yang cukup besar dalam diri Tengku Adam Kamil. Tengku Adam Kamil mula mendekatkan diri dengan Tuhan.

Gambar pertunangan yang sengaja diletakkan oleh bapa Tengku Adam Kamil mengundang rasa terkejut kepada Tengku Adam Kamil. Dia berasa sebak dan gembira dengan takdir yang cukup indah ini. Rupa-rupanya, selama ini Ariana adalah tunang Tengku Adam Kamil :)

Para pelakon utama untuk drama ini adalah Nur Fathia sebagai Ariana Rose dan Keith Foo sebagai Tengku Adam Kamil. Sama-sama kita nantikan drama bersiri ini di slot Akasia TV3.


(Kredit foto kepada Karya Seni)

regards, xoxo

Tuesday, November 5, 2013

Adaptasi Novel: Suamiku Encik Perfect 10


Sinopsis Belakang Novel: Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

Novel ini akan dijadikan super telemovie. Pelakon utama yang akan menjayakan telemovie ini ialah Aaron Aziz & Lisa Surihani. Sama-sama kita nantikan.

Update: Adaptasi novel ini mungkin akan ditayangkan di pawagam



(Kredit foto & sinopsis kepada Karya Seni, IG Lisa & Aaron)

regards, xoxo

Monday, November 4, 2013

Adaptasi Novel: Bicara Hati


Novel Bicara Hati karya Damya Hanna merupakan antara novel terawal yang saya baca. Bab-bab terawal dalam novel ini saya baca dalam akhbar Bacaria. Disebabkan nak tahu kesudahan cerita, maka saya pun membelinya.

Novel ini menceritakan mengenai Zahlia yang telah melanggar kereta Tengku Syahran secara tidak sengaja. Semasa pertemuan kedua mereka, Tengku Syahran yang rungsing dengan permintaan ibunya supaya mengahwini Maria telah mengajak Zahlia berkahwin dengannya dan sebagai balasannya dia akan menunaikan apa saja permintaan Zahlia. Pada mulanya Zahlia tidak bersetuju dengan cadangan Tengku Syahran yang dirasakan tidak masuk akal, tetapi memikirkan sahabat karibnya, Razif yang sedang sakit dan memerlukan wang pembedahan, Zahlia akhirnya bersetuju.

Mereka berkahwin, tetapi masing-masing perlu mematuhi syarat-syarat seperti yang terkandung dalam kontrak yang telah ditandatangani. Lama-kelamaan mereka saling jatuh cinta. Tengku Syahran dan Zahlia hidup bahagia. Maria yang tidak berpuas hati telah mendedahkan kontrak perkahwinan mereka kepada ibu Tengku Syahran. Ibunya telah meminta Tengku Syahran menceraikan Zahlia tetapi Tengku Syahran enggan melakukannya. Zahlia pula nekad untuk pergi meninggalkan rumah tersebut dan sekaligus meninggalkan Tengku Syahran.

Selepas beberapa bulan, mereka bertemu semula :)

 
(Kredit foto kepada Alaf 21 & forum Cari)

regards, xoxo

Adaptasi Novel: Cinta Kau Dan Aku


Farisha Imani merupakan pemandu kepada Farish. Farish tertarik dengan kecantikan dan personaliti selamba Farisha. Suatu hari, Farisha mendapat berita mengenai pinangan untuknya. Pada hari perkahwinan, Farisha terkejut kerana suaminya adalah Farish, bosnya sendiri. Perkahwinan Farish dan Farisha amatlah bahagia sehinggalah kepulangan adik Farish, Farah serta bekas tunangnya, Suraya. Mereka telah tinggal di rumah Farish dan telah melakukan pelbagai helah untuk memisahkan Farish dan Farisha.

Akhirnya, rancangan mereka berhasil apabila berjaya memerangkap Farisha dan Mamat, teman sekampung Farisha. Farish yang terlalu marah dan kecewa bertindak menceraikan Farisha dan pergi keluar negara bersama adiknya. Farisha pula telah mengalami keguguran (sedih sangat masa scene ni).

Beberapa tahun kemudian Farish dan Farisha dipertemukan semula. Kebenaran terbongkar dan happy ending..:)

Drama adaptasi novel Cinta Kau & Kau karya Siti Rosmizah ini telah pun disiarkan di RTM sebanyak 13 episod. Best sangat dramanya sebab memang mengikut novel. Pelakonnya adalah Sara Ali & Fizz Fairuz.


 (Kredit foto kepada Buku Prima)

regards, xoxo

Friday, November 1, 2013

Adaptasi Novel: Cinta Pandang Ke-2


Sinopsis Belakang Novel: "Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu....

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

Para pelakon untuk drama bersiri ini adalah Dazrin dan Izara Aishah. Drama adaptasi novel karya Laila Kamilia ini berkemungkinan ditayangkan di TV9.


(Kredit foto & sinopsis kepada Alaf 21 & FB Cinta Pandang Ke-2)

regards, xoxo

Adaptasi Novel: Playboy Itu Suami Aku



Sinopsis Belakang Novel: “Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Drama Playboy Itu Suami Aku akan disiarkan di slot Akasia selepas tamatnya drama Love You Mr Arrogant. Pelakon utama drama ini adalah Fattah Amin dan Risteena. Bab-bab terawal novel ini boleh dibaca di blog Suri Ryana.

(Kredit foto & sinopsis kepada Kaki Novel & FB Playboy Itu Suami Aku )

regards, xoxo