Sunday, September 29, 2013

Lee Bo Young & Ji Sung Wedding Day





  
(source: google)

regards, xoxo

Adaptasi Novel: Manisnya Cinta


Manisnya Cinta karya Anis Ayuni berkisarkan perjalanan kisah cinta Ifti Liyana, Nazmi dan cinta puding karamel :) Peristiwa masa lalu yang menimpa kakak Ifti menyebabkan Ifti mempunyai persepsi negatif terhadap lelaki dan perkahwinan.

Ifti tinggal bersama keluarga dan sama-sama menjaga tiga orang anak saudaranya. Suatu hari, Ifti membawa anak-anak saudaranya ke restoran dan ketika Ifti kelam-kabut melayan kerenah mereka, Nazmi muncul dan menghulurkan pertolongan. Mereka berkenalan dan pada ketika itulah, Ifti dan Nazmi sedar yang ini bukanlah pertemuan pertama mereka. Mereka sudah pun bertemu sewaktu berebut untuk membeli puding karamel, dimana Nazmi akhirnya mengalah dan memberikan puding tersebut kepada Ifti.

Ifti dan Nazmi sering bertemu secara kebetulan dan mereka menjadi kawan. Ifti menyangkakan Nazmi bekerja sebagai pemandu bas kerana penampilan dan personaliti Nazmi yang sentiasa bersahaja. Semasa melancong ke Cairo, Ifti bertemu lagi dengan Nazmi. Di sana, mereka telah meluahkan perasaan masing-masing. Konflik timbul apabila Ifti ternampak seorang lelaki persis Nazmi bersama seorang wanita lain. Ifti kecewa dan memutuskan perhubungannya dengan Nazmi.

Akhirnya, Ifti mendapat tahu perkara yang sebenar. Rupa-rupanya, ada lagi perkara yang dirahsiakan oleh Nazmi. Apa-apa pun novel ni happy ending :) Novel ini diadaptasi kepada filem (tak tahu bila akan ditayangkan). Fazura bersama Shaheizy Sam akan melakonkan watak utama sebagai Ifti Liyana & Nazmi. Tak sabar nak tunggu filem ini ditayangkan :)




(Kredit foto kepada Alaf 21 & FB Manisnya Cinta Di Cappadoccia )

p/s: Masa baca novel ni, teringin nak makan puding karamel :)

regards, xoxo

Adaptasi Novel: Seindah Sakura



Sinopsis Belakang Novel:
Shakira terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil terhalang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.

Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.

Shakira cuba menjadi Seindah Sakura meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar.

Drama Seindah Sakura telah pun ditayangkan dalam Slot Akasia TV3.


 (Kredit foto kepada Alaf 21)

regards, xoxo

Adaptasi Novel: Gemersik Kalbu


Sinopsis Belakang Novel:
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju! Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

Drama Gemersik Kalbu telah pun ditayangkan dalam slot Akasia TV3 dan menampilkan Ayu Raudhah dan Aqasha sebagai watak utama.

 

 


(Kredit foto kepada Alaf 21)

regards, xoxo

 

Monday, September 23, 2013

Master's Sun Episode 14,15,16 & 17



Master's Sun is a 2013 South Korean television series starring Gong Hyo-jin and So Ji-sub. The horror-romantic comedy is written by the Hong Sisters, and airs on SBS from August 7 to October 3, 2013 on SBS from August 7 to October 3, 2013 on Wednesdays and Thursdays at 21:55 for 17 episodes...Wikipedia










:All pics credit to google image:



Currently addicted to this drama...seriously a nice, breathtaking story's line with great actor and actress..
waiting patiently for the last four episodes..hope that the ending will be great.
(officially bcm tae yang n jung woon' s fan)hehe..

♥ ❤♥ ❤♥ ❤♥ ❤♥ ❤♥ ❤♥ ❤♥ ❤

regards, xoXo~

Wednesday, September 11, 2013

Adaptasi Novel: Projek Memikat Suami

Projek Memikat Suami karya Hanina Abdullah telah terpilih untuk diadaptasikan. Pelakon Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza akan melakonkan watak utama, iaitu sebagai Nawwal Husna (Una) dan Zahrain Alimin. Info lanjut mengenai drama ini, boleh dapatkan di FB Drama Projek Memikat Suami. Tahniah kepada penulis novel :)

Sinopsis Belakang Novel:
Nawwal Husna, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

(Kredit info, sinopsis & foto kepada FB Drama Projek Memikat Suami, Penulisan2u & Google)

regards, xoxo

Saturday, September 7, 2013

Adaptasi Novel: Setia Hujung Nyawa


Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila mengisahkan Ersalina yang merupakan seorang gadis lepasan SPM. Dia amat meminati drama-drama korea. Pada suatu hari Ersalina telah terlanjur dengan teman lelakinya, Ikram sehingga mengandung. Ibu Ersalina merahsiakan perkara tersebut daripada Ersalina, ayah dan abangnya. Dalam masa yang sama, Datin Adibah sedang mencari calon menantu untuk anaknya, Zain kerana tunang Zain telah meninggalkannya beberapa hari sebelum pernikahan. Datin Adibah tertarik dengan sifat Ersalina yang lemah-lembut dan ingin meminang Ersalina untuk anaknya. Dia meminta pertolongan ibu Ersalina supaya menyelamatkan maruah keluarganya.

Akhirnya Zain dan Ersalina pun berkahwin. Mereka cuba mengenali antara satu sama lain dan sewaktu mereka sudah dapat menerima antara satu sama lain, telah berlaku kejadian yang tidak diingini, di mana Ersalina telah jatuh tangga sehingga mengakibatkan keguguran.

Zain yang terkejut dengan keguguran tersebut berasa tertipu dan mula membenci Ersalina. Ersalina yang juga baru mengetahui tentang hal tersebut berasa kecewa dan sedih kerana merasakan yang dia tidak layak untuk Zain. Hubungan mereka menjadi dingin.

Perasaan benci Zain tidak dapat mengatasi rasa cintanya terhadap Ersalina. Mereka akhirnya berbaik semula dan hidup bahagia. Apabila Datin Adibah mengetahui Ersalina sudah mengandung semasa berkahwin, dia menuduh keluarga Ersalina telah menipu mereka dan cuba untuk memisahkan Zain dan Ersalina. Satu peristiwa yang tidak diduga telah berlaku dan menyedarkan Datin Adibah bahawa semua yang berlaku adalah ketetapan dari-Nya.

Macam biasa, happy ending. Drama ini sudah pun ditayangkan dalam slot Akasia TV3 dan mendapat sambutan hangat sehinggakan adanya telemovie khas sempena hari raya iaitu Setia Hujung Nyawa Raya.


(Kredit foto kepada Alaf 21 & Google)

regards, xoxo