Sunday, September 29, 2013

Adaptasi Novel: Manisnya Cinta


Manisnya Cinta karya Anis Ayuni berkisarkan perjalanan kisah cinta Ifti Liyana, Nazmi dan cinta puding karamel :) Peristiwa masa lalu yang menimpa kakak Ifti menyebabkan Ifti mempunyai persepsi negatif terhadap lelaki dan perkahwinan.

Ifti tinggal bersama keluarga dan sama-sama menjaga tiga orang anak saudaranya. Suatu hari, Ifti membawa anak-anak saudaranya ke restoran dan ketika Ifti kelam-kabut melayan kerenah mereka, Nazmi muncul dan menghulurkan pertolongan. Mereka berkenalan dan pada ketika itulah, Ifti dan Nazmi sedar yang ini bukanlah pertemuan pertama mereka. Mereka sudah pun bertemu sewaktu berebut untuk membeli puding karamel, dimana Nazmi akhirnya mengalah dan memberikan puding tersebut kepada Ifti.

Ifti dan Nazmi sering bertemu secara kebetulan dan mereka menjadi kawan. Ifti menyangkakan Nazmi bekerja sebagai pemandu bas kerana penampilan dan personaliti Nazmi yang sentiasa bersahaja. Semasa melancong ke Cairo, Ifti bertemu lagi dengan Nazmi. Di sana, mereka telah meluahkan perasaan masing-masing. Konflik timbul apabila Ifti ternampak seorang lelaki persis Nazmi bersama seorang wanita lain. Ifti kecewa dan memutuskan perhubungannya dengan Nazmi.

Akhirnya, Ifti mendapat tahu perkara yang sebenar. Rupa-rupanya, ada lagi perkara yang dirahsiakan oleh Nazmi. Apa-apa pun novel ni happy ending :) Novel ini diadaptasi kepada filem (tak tahu bila akan ditayangkan). Fazura bersama Shaheizy Sam akan melakonkan watak utama sebagai Ifti Liyana & Nazmi. Tak sabar nak tunggu filem ini ditayangkan :)




(Kredit foto kepada Alaf 21 & FB Manisnya Cinta Di Cappadoccia )

p/s: Masa baca novel ni, teringin nak makan puding karamel :)

regards, xoxo

No comments:

Post a Comment