Teduhan Kasih karya Marissa mengisahkan mengenai penderitaan Iffa yang dibenci oleh ibu tiri dan dicurangi oleh suaminya yang memilih teman baik Iffa sendiri, Ayu untuk dijadikan isteri baru. Iffa diceraikan suaminya, Ryzal semasa mengandung. Ketika sakit hendak bersalin, Iffa telah bertemu Ehsan secara kebetulan sewaktu sedang menunggu teksi di perhentian bas. Melihatkan keadaan Iffa yang sedemikian, Ehsan dengan segera membawa Iffa ke hospital dan sekaligus menyambut kelahiran bayi Iffa kerana dianggap suami Iffa.
Perasaan Ehsan terusik apabila pertama kali mendukung bayi Iffa yang baru dilahirkan itu. Semenjak itu, Ehsan telah mengambil keputusan untuk sama-sama menjaga bayi Iffa dan menamakan bayi tersebut Adam Ehsan, bersempena namanya sendiri. Iffa duduk menumpang di rumah Ehsan semasa tempoh berpantang dan dijaga oleh Makcik Hanim.
Ehsan adalah seorang lelaki yang sarat dengan perasaan kasih sayang. Dia akan memastikan segala keperluan Adam dan Iffa mencukupi. Iffa terharu dengan sikap dan keprihatinan Ehsan terhadap dirinya dan Adam walhal mereka tidak mempunyai sebarang pertalian (agak-agaknya ada ke lelaki macam Ehsan ni di alam nyata?).
Apabila selesai berpantang, Iffa pulang semula ke rumah ibu tirinya. Akibat tidak tahan dihina, Iffa akhirnya keluar dari rumah ibu tirinya dan meminta pertolongan Ehsan. Ehsan melamar Iffa dan mereka berkahwin. Ayu, sahabat Iffa yang iri hati telah cuba mengatur beberapa strategi untuk merampas Ehsan daripada Iffa. Namun usaha Ayu hanya sia-sia sahaja. Endingnya Iffa dan Ehsan hidup bahagia.
Drama Teduhan Kasih telah ditayangkan dalam slot Akasia TV3. Apa-apapun, novel ni memang best:)
(Kredit foto kepada Karya Seni, FB Drama Teduhan Kasih: Adaptasi Novel)
regards, xoxo
No comments:
Post a Comment