Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila mengisahkan Ersalina yang merupakan seorang gadis lepasan SPM. Dia amat meminati drama-drama korea. Pada suatu hari Ersalina telah terlanjur dengan teman lelakinya, Ikram sehingga mengandung. Ibu Ersalina merahsiakan perkara tersebut daripada Ersalina, ayah dan abangnya. Dalam masa yang sama, Datin Adibah sedang mencari calon menantu untuk anaknya, Zain kerana tunang Zain telah meninggalkannya beberapa hari sebelum pernikahan. Datin Adibah tertarik dengan sifat Ersalina yang lemah-lembut dan ingin meminang Ersalina untuk anaknya. Dia meminta pertolongan ibu Ersalina supaya menyelamatkan maruah keluarganya.
Akhirnya Zain dan Ersalina pun berkahwin. Mereka cuba mengenali antara satu sama lain dan sewaktu mereka sudah dapat menerima antara satu sama lain, telah berlaku kejadian yang tidak diingini, di mana Ersalina telah jatuh tangga sehingga mengakibatkan keguguran.
Zain yang terkejut dengan keguguran tersebut berasa tertipu dan mula membenci Ersalina. Ersalina yang juga baru mengetahui tentang hal tersebut berasa kecewa dan sedih kerana merasakan yang dia tidak layak untuk Zain. Hubungan mereka menjadi dingin.
Perasaan benci Zain tidak dapat mengatasi rasa cintanya terhadap Ersalina. Mereka akhirnya berbaik semula dan hidup bahagia. Apabila Datin Adibah mengetahui Ersalina sudah mengandung semasa berkahwin, dia menuduh keluarga Ersalina telah menipu mereka dan cuba untuk memisahkan Zain dan Ersalina. Satu peristiwa yang tidak diduga telah berlaku dan menyedarkan Datin Adibah bahawa semua yang berlaku adalah ketetapan dari-Nya.
Macam biasa, happy ending. Drama ini sudah pun ditayangkan dalam slot Akasia TV3 dan mendapat sambutan hangat sehinggakan adanya telemovie khas sempena hari raya iaitu Setia Hujung Nyawa Raya.
(Kredit foto kepada Alaf 21 & Google)
regards, xoxo
No comments:
Post a Comment