Monday, November 11, 2013

Adaptasi Novel: Duri


Duri karya Fauziah Ashari berkisarkan mengenai dendam di hati, konflik keluarga dan perbezaan status. Percintaan di antara Sufi dan Hazim ditentang oleh Durrah, ibu Hazim. Durrah tidak pernah sukakan Sufi kerana perbezaan status antara mereka. Durrah pernah mengupah seseorang supaya melanggar Sufi.

Zhaf, abang Hazim pula bercinta dengan adik Sufi, Nuri. Beberapa hari sebelum perkahwinan mereka, Nuri telah melarikan diri ke luar negara untuk mengejar cita-cita. Keadaan ini menyebabkan Sufi terpaksa dikahwinkan dengan Zhaf untuk menyelamatkan maruah keluarga. Sufi yang sememangnya menantikan peluang untuk membalas dendam kepada Durrah menerima cadangan tersebut.

Sufi dan Durrah sering bertelagah. Suatu hari, mereka bertengkar sehingga menyebabkan Durrah jatuh tangga dan lumpuh. Hazim pulang dari luar negara untuk menjaga ibunya. Hubungan Sufi dan Zhaf pula semakin rapat.

Tanpa diketahui oleh sesiapa, Hazim sebenarnya terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Dia tertekan kerana terpaksa meninggalkan Sufi pada suatu ketika dahulu dan kini Sufi merupakan kakak iparnya.Telah berlaku suatu peristiwa yang membuatkan Durrah dan Sufi insaf. Mereka akhirnya berbaik-baik dan hidup bahagia. Hazim pula dimasukkan ke dalam pusat pemulihan dadah.

Novel ni berbeza kerana memaparkan watak utama, Sufi sebagai seorang yang tegas dan tidak mudah ditindas. Keseluruhannya, drama Duri yang telah pun tamat ditayangkan di saluran Astro mengikut jalan cerita seperti di dalam novel, cuma endingnya agak berbeza daripada novel. Apa-apapun novel dan drama Duri memang best sebab lain daripada yang lain.



(source gambar: google)

regards,xoxo

No comments:

Post a Comment