Thursday, November 7, 2013

Adaptasi Novel: The Wedding Breaker


The Wedding Breaker karya Evelyn Rose mengisahkan Ariana Rose, yang melakukan penyamaran untuk menggagalkan sesebuah perkahwinan daripada berlangsung. Rakan Ariana, Juwita meminta Ariana untuk menyamar dan sekaligus membatalkan perkahwinannya dengan Tengku Adam Kamil, seorang playboy. Perkahwinan yang dibatalkan dengan kemunculan Ariana telah mengundang rasa marah pada Tengku Adam Kamil. Disebabkan terlampau marah, telah berlaku suatu peristiwa hitam di antara mereka.

Selepas beberapa bulan, Ariana dan Tengku Adam Kamil bertemu semula di atas urusan kerja. Tetapi, sekali lagi telah berlaku suatu peristiwa sehinggakan Ariana nekad untuk berhenti kerja dan menguruskan butik ibunya. Ariana ingin lari daripada Tengku Adam Kamil. Di saat cinta mula berputik, Ariana dan Tengku Adam Kamil perlu akur kerana ibu bapa mereka sudah pun mempunyai pilihan pasangan untuk mereka. Ariana bertunang dan Tengku Adam Kamil pula ke luar negara atas urusan kerja yang akhirnya membawa perubahan yang cukup besar dalam diri Tengku Adam Kamil. Tengku Adam Kamil mula mendekatkan diri dengan Tuhan.

Gambar pertunangan yang sengaja diletakkan oleh bapa Tengku Adam Kamil mengundang rasa terkejut kepada Tengku Adam Kamil. Dia berasa sebak dan gembira dengan takdir yang cukup indah ini. Rupa-rupanya, selama ini Ariana adalah tunang Tengku Adam Kamil :)

Para pelakon utama untuk drama ini adalah Nur Fathia sebagai Ariana Rose dan Keith Foo sebagai Tengku Adam Kamil. Sama-sama kita nantikan drama bersiri ini di slot Akasia TV3.


(Kredit foto kepada Karya Seni)

regards, xoxo

No comments:

Post a Comment