Demam denggi kini menjadi isu penting dalam kesihatan awam. Kalau mengikut statistic, kes demam denggi di Malaysia semakin meningkat dari sehari ke sehari..
Dan most of the cases datangnya dari urban area coz kawasan ni padat dengan penduduk dan terdapat pelbagai aktiviti perindustrian yang dapat meningkatkan lagi transmission penyakit demam denggi ni..
PROSES DEMAM DENGGI:
Penyakit ni adalah proses yang dinamik di mana ia bermula dengan fasa demam diikuti fasa kritikal (yang mana pada ketika ini demam dah mula kebah dan pesakit pada masa ini akan menyangka yang dia telah kembali sihat, walhal fasa ini adalah yang paling bahaya kerana pada fasa ini, salur darah menjadi sangat fragile dan mudah pecah dan proses 'plasma leakage' boleh berlaku..'plasma leakage' yang teruk boleh menyebab kan 'shock' dan gangguan fungsi organ organ didalam seluruh sistem badan. Selalunya fasa ini berakhir dalam tempon 24-48 jam selepas demam kebah.). Fasa terakhir adalah fasa penyembuhan (recovery) di mana pada masa ini plasma leakage berakhir dan cecair mula di serap kembali ke dalam sel badan kita. Selalunya dalam fasa ini, darah kuning (platlet) dan darah putih (white blood cell) kembali meningkat dan tahap kepekatan dalam darah (heamatocrit level) kembali ke paras normal. Pada masa ini pesakit mungkin akan menyedari yang kulit mereka akan dinaiki ruam yang di panggil 'island of white in the sea of red'. Selera makan juga akan bertambah baik ketika ini..
(island of white in the sea of red, source: google) |
TANDA TANDA DEMAM DENGGI
- demam
- ruam di badan
- sakit sendi
- sakit otot
- sakit belakang mata
- pening kepala
- loya dan muntah
- hilang selera makan
- tinggal di kawasan yang ada kes denggi.
TANDA TANDA BAHAYA DEMAM DENGGI (WARNING SIGN)
- muntah berpanjangan
- sakit perut
- pendarahan mukosa atau mana mana pendarahan (hidung berdarah, kencing berdarah, berak berdarah, gusi berdarah, darah period bertambah banyak )
- perut bengkak (ascites)
- susah bernafas ( pleural effusion, paru paru berair)
- terlalu tidak bermaya atau restless
- konfius, perubahan sikap (altered mental status)
- hati bengkak (liver enlargement more than 2cm)
- Penurunan platlet level dan peningkatan haematocrit level
SIAPAKAH YANG BOLEH DI RAWAT DI RUMAH TANPA PERLU MASUK KE WAD?
1. Selera makan bagus. Pesakit boleh makan dan minum dan air kencing tidak berwarna kuning pekat (seperti org yg dehydration/ kekurangan air di dalam badan)
2. Tiada tanda tanda bahaya denggi ( waning sings absent)
3. Sewaktu pemeriksaan fizikal:
•Haemodynamically stable
- pink, warm extremities
- normal capillary filling time (normal <2 seconds)
- good pulse volume
- stable blood pressure
- normal pulse pressure (> 20mmHg)
- no disproportionate tachycardia
•tidak ada susah nafas
•tidak ada pembengkakan hati atau sakit di perut ketika pemeriksaan perut
•Tiada pendarahan di mana mana
•tiada tanda pengumpulan air didalam abdomen (ascites) atau paru paru berair ( pleural effusion)
•tidak confius (GCS full)
4. Pemeriksaan darah (selalunya setiap hari sehingga keluar dari fasa kritikal)
•serial heamatocrit level stable.
ADAKAH PENYAKIT DENGGI MEMPUNYAI VAKSIN?
Jawapannya: TIADA
penyakit denggi tiada vaksin yang boleh mencegahh dan menyembuhkan nya buat masa ini.. juga tiada ubat ubatan yang dapat menyembuhkan penyakit demam denggi ini..
Fluid therapy adalah mainstay treatment buat masa ni..Sebab tu jika anda di syaki mengidap demam denggi atau disahkan demam denggi, doktor akan measihatkan anda untuk minum air dengan banyak dan perlu segera datang ke hospital jika ada tanda tanda bahaya demam denggi (warning signs)..
APAKAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT UNTUK MEMBASMI PENYAKIT DEMAM DENGGI INI?
Luangkan sedikit masa untuk memerhati kawasan sekeliling rumah anda..Pastikan tiada tong tong atau bekas yang menakung air.. Lkukan aktiviti gotong royong membersihkan kawan sekeliling rumah anda..
'CEGAH AEDES, CEGAH DENGGI'
Xoxo :)
No comments:
Post a Comment