Skip hidangan. Jangan
skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk
mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan.
Makan sarapan first thing in the morning.
Cuma makan 3 hidangan
sehari. 3 Hidangan TAK cukup untuk 1) mengawal nafsu makan dan 2) tingkatkan
metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin
kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget
dalam keperluan kalori seharian anda.
Makan tak cukup. Jangan
jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja
melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari,
paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal
nafsu.
Elak nasi. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.
Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut
trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan
lain-lain. Tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham
dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga.
Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.
Harapkan makanan tambahan. Herbalife anyone?
Tiada masalah dengan Herbalife atau mana-mana makanan suplemen atau makanan
tambahan TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi
pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang
cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah
berkesan.
Tak tahu keperluan kalori diri. Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
Tak tahu keperluan kalori diri. Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
Elak makanan tempatan. Tiada masalah makan
makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat
seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.
Terlalu fokus kepada satu perkara. Ada yang
ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet
yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia
merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.
Diet jangka masa pendek. Bila dengar perkataan
diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu
SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun
adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk
short-term tetapi sepanjang hayat.
wah..memang artikel yang bagus..chayok semua....jom kita betulkan kesilapan amalan diet kita selama ini :)
JOM EXERCISE :))))
regards,xoXo:)
No comments:
Post a Comment