siapa tengok drama bersiri adam dan hawa?? angkat tangan!! ! takpun jawap la apa apa pun....
- woii, cek kak, tnya la soalan logik sket..apa laaaaa !
- hang gila ka tak tengok !
- malaih nakk layan minah ni..dok meroyan ka apa...MESTILAH TENGOK ! !
- WAJIB k. ada aaron aziz..auwwww !
- I tiap tiap isnin sampai khamis dok depan tv dari kol sepuluh malam tu..best tauuu !
- mantap.... mantap.........
hatta aku yg busy ni pun sibuk gak dok meng usha cite ni...hehehehe..
cerita ni menggandingkan jejaka malaya idaman ramai aaron aziz dan pelakon berbakat nadiya nisaa..
Memang hebat diorang ni..gandingan yang mantap..aaron tak payah cakap lah..sume org tau dia mmg hebat dan hebat dan hebat..heheh
yg bestnye, heroin ni cite ni pun mantap..mmg berbakat dan pandai berlakon :)
drama ni adaptasi dari novel yang aku suke..adam dan hawa by aisya sofea..memang dah bape kali ulang novel tu sampai da lunyai..hehe
kat mana nak tengok??
haruslah bukak Astro Mustika Saluran 134 HD pada setiap hari Isnin - Khamis jam 10 malam.
Sinopsis Drama Adam dan Hawa
Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja sementara di sebuah tadika milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin.
Semasa Ain bekerja disitu, Ain telah bertemu dengan Adam iaitu seorang pilot yang kacak dan playboy.Ain memang ada 'crush' sket ngan adam masa tu.Tetapi memandangkan Adam ni playboy, tu yg membuatkan Ain tak berapa nak berkenan.
Cita-cita Ain terhenti di tengah jalan setelah berlakunya peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam walaupun Ain tidak rela.
Sejak peristiwa itu, timbul lah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka difitnah oleh gf Adam.
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Takdir Allah siapa yang tahu, mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam yang telah insaf mengharapkan cinta Ain tetapi Ain masih lagi ego tidak mahu menerima Adam.
Apakah kesudahan kisah cinta penuh suka duka mereka?
Hmmm..lagi satu kan, OST cite ni memang best.
- Muara Hati nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz AF
- Sebuah pengakuan nyanyian marshanda
- Ratu di hatiku nyanyian triad
- Inilah cinta nyanyian Akim
- Yang lalu biarlah berlalu nyanyian Bunga citra lestari
Regards,xoXo:)
No comments:
Post a Comment